Ingin dimaklumkan bahawa NORIBAKES4U kini hanya menggunakan tepung gandum jenama HPA dalam penghasilan kek dan cupcake kami. InsyaAllah kami akan menggunakannya selagi stok tepung ini masih boleh diperolehi.
Sememangnya matlamat kami ingin menyediakan produk yang terbaik mungkin untuk para pelanggan kami. Jihad kami seboleh mungkin menggunakan bahan-bahan bukan sahaja halal tetapi yang baik dalam merealisasikan matlamat kami ke arah penghasilan produk bakeri yang HALAL THOYYIBA.
Jadi mengapa tepung gandum HPA?
Tahu tak yang tepung gandum yang mengandungi Benzoyl Peroksida adalah merbahaya untuk kesihatan kita? Kebanyakan tepung gandum di pasaran negara kita mengandungi bahan ini.
Ini petikan info yang saya perolehi yang boleh dikongsi bersama:
*Elakkan daripada membeli tepung gandum yang mengandungi "Benzoyl Peroxide". Bahan ini digunakan untuk memutihkan tepung gandum tersebut. Bahan ini boleh mengakibatkan kanser.
Benzoyl Peroxide adalah :
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Mmmm....ini sekadar maklumat untuk dikongsi bersama. Untuk terima atau tidak, terserah...tapi bagi saya... dalam kehidupan kita di zaman 'canggih' kini kita terlalu terdedah dengan bahan kimia dalam produk makanan kita. Paling tidak pun sesuatu produk selalunya mengandungi bahan pengawet bagi memastikan produk tersebut dapat tahan lama. Mungkin setiap bahan yang digunakan dalam setiap produk masih dalam kuantiti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa namun kita bukannya makan satu jenis produk dalam kehidupan harian kita. Kalau 10 jenis makanan yang setiap satunya sememangnya mengandungi tahap bahan kimia yang dibenarkan tapi kalau kita conggak kembali, bukankah yang sedikit itu dah jadi banyak dek hasil daripada 10 berlainan jenis yang dimakan.
Jadi sudah menjadi objektif Noiribakes4U untuk menghasilkan apa yang terbaik bukan sahaja sebagai makanan fizikal kita tetapi ianya juga menjadi makan rohani/jiwa kita sebagai Muslimin sejati...InsyaAllah.
Tepung gandum HPA ini dijual dalam pek 1kg. Boleh didapati dari pengedar, stokis, cawangan HPA di seluruh Malaysia. Ianya diperkaya dengan Vitamin B1, B2, Niasin dan Zat Besi serta yang paling penting ia tidak mengandungi 'benzoyl Peroxide'. Tepung gandum HPA ini dirumus khas untuk membuat kek, biskut, kuih-muih, mi dan sebagainya. Juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam masakan am.
Kalau ada sesiapa yang turut mahu mendapatkan tepung gandum HPA ini, bolehlah hubungi saya juga.
~ HARGA PENGEDAR HPA:
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.50
SABAH & SARAWAK: RM2.80
~ HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.10
Nota : Mungkin ada sesetengah pendapat ianya agak mahal dari harga tepung gandum di pasaraya tapi bagi saya tiada salahnya asalkan tiada keraguan lagi akan kebaikannya. teringat akan kata-kata Dr Nordin Darus yang menghasilkan produk tapisan air RX Water yang lebih-kurang beginilah maksudnya ...kalau kita rasahan untuk sihat itu mahal...cubalah sakit...lagi mahal kosnya kan?? Lagipun ianya membantu meningkatkan ekonomi 'keluarga' kita. Jihad dan nawaitu itu yang penting...
Status Terkini (kemaskini pada 15/3/12)
..DUKACITA dimaklumkan bahawa NoriBakes4U tidak lagi menggunakan tepung gandum tanpa 'Benzoyl Peroxide' edaran HPA ini bagi menghasilkan produk kami. Ini adalah kerana ketiadaan stok tepung tersebut di pasaran sekarang ini.